MOSCOW - Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran hutan luar biasa yang melanda Pulau Maui di Hawaii baru-baru ini, lapor Sputnik memetik pihak berkuasa.
"Antara 1,000 dan 1,100 individu masih tidak dapat dikesan, manakala lebih 1,400 lagi yang pada asalnya dilaporkan hilang telah ditemukan selamat," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Iklan
Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan keluarga mangsa yang hilang untuk mengumpul sampel DNA bagi memudahkan proses pengecaman.
Pada Isnin, Datuk Bandar Maui County Richard Bissen berkata, sekurang-kurangnya 114 orang maut dan kira-kira 850 lagi hilang dalam kebakaran hutan itu.
Kebakaran itu berlaku akibat cuaca kering dan panas yang diburukkan lagi dengan angin kencang yang dicetuskan oleh Taufan Dora.
Beberapa penempatan, termasuk bandar pelancongan terkenal, Lahaina, musnah dalam kejadian itu. - Bernama-Sputnik