Longgok tayar terpakai biak nyamuk, lima premis dikompaun

Iklan
Hee Sam (kanan) melihat pelbagai saiz tayar dilonggokkan di kawasan terbuka oleh pemilik kedai tayar ketika operasi khas Op Tayar

MELAKA - Tindakan lima pemilik kedai tayar yang melonggokkan tayar terpakai di luar kawasan premis akhirnya memakan diri selepas dikenakan kompaun sebanyak RM2,500.

Perbuatan kesemua pemilik kedai itu terbongkar selepas Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka melakukan operasi khas Op Tayar dan berjaya menemui lokasi pembiakan jentik-jentik.

Iklan
Iklan

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwee Hee Sam berkata, lima premis yang dikompaun termasuk dua di Taman Teknologi Cheng, manakala masing-masing satu di Paya Rumput, Taman Semabok Perdana dan Jalan Laksamana Cheng Ho.

Menurutnya, dalam operasi itu sebanyak 14 premis telah diperiksa melibatkan premis di kawasan wabak berulang dan berpotensi menyumbang kepada peningkatan wabak denggi di negeri ini.

Iklan

"Setiap pemilik syarikat dikenakan kompaun sebanyak RM500 dan mereka diberikan tempoh selama dua hari untuk membersihkan pembiakan Aedes sebelum arahan penutupan premis dilakukan.

"Kita nasihatkan pemilik kedai tayar lebih peka kerana longgokan tayar terpakai antara penyumbang kepada peningkatan kes demam denggi di Melaka," katanya kepada pemberita selepas Ops Tayar di Paya Rumput di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Pengarah JKN Melaka, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Dr Rusdi menunjukkan beberapa ekor jentik-jentik yang ditemui ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah kedai tayar di Paya Rumput, di sini, pada Rabu.

Jelas, beliau arahan penutupan premis boleh dilakukan bawah Seksyen 8(3)(aa) APSPP 1975 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

"Kita menasihati semua kedai tayar tidak menyimpan tayar terpakai di kawasan terbuka yang menyebabkan air hujan bertakung dan boleh menjadi tempat pembiakan jentik-jentik," katanya lagi.