Yang di-Pertuan Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UiTM

Iklan
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) yang juga Canselor UiTM beramah mesra bersama pelajar selepas menunaikan Solat Maghrib pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Wathidu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM hari ini. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar dan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, di kampus UiTM Shah Alam di sini hari ini.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Naib Canselor UiTM Prof Dr Mohd Azraai Kassim. Sultan Abdullah merupakan Canselor UiTM.

Iklan
Iklan

Turut mengiringi baginda, beberapa Pro-Canselor UiTM antaranya Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad, dan Tan Sri Dr Sallehuddin Mohamed.

Turut hadir ke majlis berkenaan kira-kira 2,000 pelajar dan warga kerja UiTM kampus Shah Alam.

Iklan
Iklan

Sultan Abdullah kemudian turut berkenan menunaikan solat maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan. - Bernama