Tang Jie-Ee Wei bergaya ke pusingan ketiga di Denmark
Iklan
Tang Jie (kiri) dan Ee Wei akan menentang pasangan Perancis dalam pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada Khamis. - Foto Badminton Photo
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan perjalanan ke pusingan ketiga dalam Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada Rabu.
Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Royal Arena mereka mengalahkan Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau dari Hong Kong menerusi kemenangan 21-19, 21-9 dalam masa 36 minit.