Abang Tesla cetus fenomena suami kena bebel

Iklan
Abang Tesla memohon maaf kepada golongan suami yang terkena tempias berikutan tindakannya berkahwin kali kedua namun bukan mudah netizen wanita memaafkan dia.

BIARPUN pempengaruh media sosial, Abang Tesla memohon maaf kepada golongan suami yang terkena tempias berikutan tindakannya berkahwin kali kedua namun bukan mudah netizen wanita memaafkan dia.

Hal ini berikutan pengakuan jujurnya di media sosial kerana inginkan zuriat sebagai alasan untuk berkahwin lagi tidak boleh diterima ramai.

Iklan
Iklan

Komen berkenaan telah mencetuskan perdebatan panas dalam kalangan pengguna media sosial apabila ia dilihat seolah-olah menyalahkan isteri pertama kerana tidak mampu memberikan zuriat.

Beberapa hari lalu, Abang Tesla membuat permohonan maaf itu menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di akaun TikTok dan Instagram (IG) miliknya.

Iklan

Seorang sahabat Merak Jalanan yang juga ahli persatuan Asal Bukan Laki Aku (ABLA), berkahwin dua bukan punca netizen wanita marah kepada Abang Tesla.

Katanya, ramai sahaja orang lelaki yang berkahwin lain tetapi tidak perlulah sampai 'menjaja' aib isteri di medan publik.

Iklan

Sebaliknya tindakannya membuat kandungan di sosial media itu yang membuatkan ramai wanita naik darah sehingga terbawa-bawa kepada suami masing-masing.

Ada betulnya apa komen sahabat Merak Jalanan itu. Ada orang terpaksa menyorok dari pengetahuan isteri pertama kerana ingin berkahwin lain kerana bimbang melukakan hati isteri.

Berhari-hari isu Abang Tesla menjadi perdebatan ramai. Ekoran itu, netizen beramai-ramai 'mengorek' video-video lama Abang Tesla yang banyak menasihati lelaki untuk setia kepada isteri.

Namun, hari ini dia sendiri bertindak seperti 'cakap tidak serupa bikin'.

Hidup ini bagaikan roda. Sebab itulah kita harus berhati-hati apabila berkata-kata, bukan apa takut perkara sama kita pula yang mengulanginya.

Kalaulah isu zuriat yang menjadi punca, ada pelbagai cara boleh diikhtiarkan dan berusahalah sambil meminta pertolongan daripada ALLAH SWT.