Jadi tuan rumah World #QuranHour

Iklan
Ahmad Farid (dua dari kanan) diberikan penerangan mengenai penerbitan al-Quran.

SHAH ALAM - Perbadanan Muzium Negeri Pahang bersedia mengadakan kerjasama dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bagi menjayakan program World #QuranHour pada tahun hadapan atau bila-bila masa sahaja.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal berkata, pihaknya berbesar hati menjadi tuan rumah bagi menjayakan program tersebut sebagai langkah permulaan kerjasama antara kedua-dua belah pihak.Menurutnya, pelbagai lagi kerjasama boleh diadakan memandangkan banyak persamaan program antara WUIF dan Muzium Pahang.

Iklan
Iklan
Ahmad Yani (kiri) memberi penerangan kepada Ahmad Farid (kanan) mengenai al-Quran yang diterbitkan oleh Karangkraf.

"Sebenarnya kita banyak program hampir sama dengan WUIF dan ia merupakan satu tarikan untuk mengadakan lebih banyak kerjasama kelak. Sebelum pergi lebih jauh, World #QuranHour mungkin langkah pertama.

"Selain itu, saya nampak yang boleh dibantu lagi adalah dari segi pengisian kandungan di muzium Islam. Kita mempunyai muzium Islam serta pusat kajian dan tamadun sejarah, jadi saya fikir WUIF mungkin boleh bantu nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Karangkraf, di sini pada Rabu.

Ahmad Farid (barisan kedua, tiga dari kanan) bergambar bersama Hussamuddin (barisan kedua, empat dari kanan) ketika mengadakan lawatan di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.

Delegasi seramai 16 orang itu turut ditemani Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengurus Hal Ehwal Agama dan Penerbitan Al-Quran, Ahmad Yani Abd Manaf dan Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Iklan

Menurut Ahmad Farid, usaha untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam yang dilakukan oleh WUIF dan Karangkraf sangat luar biasa.

AHMAD FARID

"Satu perkara pada saya tidak semua orang boleh buat dan alhamdulillah al-Quran menjadi kekuatan di sini. Jika dilaksanakan secara istiqamah, saya percaya Karangkraf dapat kekal membantu masyarakat Islam.

"Hanya ALLAH yang dapat membalasnya,” ujarnya.

Ditanya mengenai cara untuk menggalakkan umat Islam terutamanya golongan muda membaca al-Quran, beliau berpandangan, ia perlu bermula dari rumah dan tunjuk ajar ibu bapa.

"Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan anak-anak bukan sekadar mengharapkan sekolah agama semata-mata,” ulasnya.