PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mudah memenangi saingan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2023 Copenhagen, Denmark setelah menewaskan Brian Yang dari Kanada, awal pagi Khamis.
Zii Jia yang mengisi ranking ke-13 dunia menang straight set 21-11, 21-16 dalam masa 33 minit pada pertarungan yang berlangsung di Royal Arena.
Iklan
Iklan
Menanti Zii Jia pada pusingan ketiga ialah pilihan ke-12 dari Denmark, Anders Antonsen yang mengatasi seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong 22-24, 16-21.
Dalam pada itu, perjalanan Tze Yong di Copenhagen tersekat setelah terpaksa akur tewas kepada Antonsen.
Tze Yong terpaksa akur tewas kepada pemain Denmark pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen. - Foto Badminton Photo.
Iklan
Tze Yong yang membuat penampilan kedua pada kejohanan berprestij itu meraih pengajaran berguna apabila pengalaman memisahkannya dengan pemain tuan rumah, Antonsen.
Pemain kelahiran Johor berusia 23 tahun itu tewas 22-24, 16-21 dalam aksi pusingan kedua awal pagi Khamis.