PRK Pelangai 7 Oktober depan

Iklan
Abdul Ghani (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, pada Khamis.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang ditetapkan pada 7 Oktober depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula pada 23 September manakala 3 Oktober ditetapkan sebagai undi awal.

Iklan
Iklan

"Perjalanan PRK Pelangai ini melibatkan kos RM2.1 juta," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Pelangai, di sini pada Khamis.

Menurutnya, dengan penetapan tarikh tersebut tempoh berkempen berlangsung selama 14 hari bermula tarikh pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam 6 Oktober.

Iklan

"Sejumlah 16,456 pemilih berdaftar yang dikemaskini sehingga 13 Ogos akan digunakan pada PRK ini.

"Ia terdiri daripada 16,417 pengundi biasa, 36 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara," jelas beliau.

Iklan

Abdul Ghani berkata, permohonan kategori undi pos luar dan dalam negara dibuka bermula Khamis.

1A merupakan petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media.

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara berada di bawah kategori 1B manakala agensi dan organisasi adalah 1C.

Beliau berkata, SPR telah melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dan dibantu oleh tiga penolong.

"Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya.

Ujar Abdul Ghani, Dewan Orang Ramai Felda Kemasul akan digunakan sebagai pusat penamaan calon (PPC) dan penjumlahan rasmi undi (PPRU).

"Seramai 312 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Pelangai," tambahnya.

Beliau berkata, sebanyak 10 pusat mengundi dengan 31 saluran dibuka pada PRK tersebut.

PRK Pelangai merupakan PRK ke empat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) diadakan November tahun lalu.

PRK sebelum ini melibatkan PRK Parlimen Kuala Terengganu, PRK Parlimen Pulai, PRK DUN Simpang Jeram.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Johari yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri dipilih sebagai ADUN Pelangai selepas memenangi kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.

Beliau bersaing empat penjuru dan memperoleh 7,308 undi dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat; calon Pakatan Harapan (PH), Ahmed Wafiuddin Shamsuri; dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Isa Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN:

SPR jadi tumpuan hari ini, tarikh penting PRK DUN Pelangai diumum

Tiada kemenangan percuma kepada BN-PH di DUN Pelangai

Calon DUN Pelangai akan diperinci - Ahmad Zahid

Mesyuarat khas PRK DUN Pelangai Khamis ini - SPR

Kerusi DUN Pelangai diisytihar kosong: Mohd Sharkar

Kekosongan DUN Pelangai dimaklum kepada SPR dalam masa terdekat

Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina