'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina

Iklan
Azalina - Foto Bernama.

KOTA TINGGI - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.

Ahli Parlimen Pengerang itu menjelaskan, perkara tersebut adalah haknya sebagai ahli parti dan pandangan tersebut tidak mewakili parti atau dilihat sebagai kenyataan rasmi UMNO.

Iklan
Iklan

Tegasnya yang juga Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO, perkara tersebut tidak menjadi kesalahan kerana sudah menjadi amalan demokrasi dalam UMNO untuk bebas memberi pandangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adakah UMNO sudah sedia bertanding atas tiket UMNO? - Azalina

Keputusan PRN: BN, PH tidak bersedia dalam perang media sosial - Azalina

"Apa yang saya cakap, saya memberikan situasi yang mana apakah sebenarnya sebagai ahli UMNO, apakah senario yang berkemungkinan berlaku pada masa hadapan.

Iklan

"Ini pandangan saya sebagai ahli UMNO dan bukan pandangan rasmi UMNO mahu pun pandangan rasmi BN.

"Saya agak terperanjat (apabila ada yang tidak setuju) sebab dalam UMNO kami parti demokrasi, maknanya kita ada syarat, ada pertandingan dan kita membenarkan ahli UMNO memberikan pandangan tapi perlulah pandangannya betul.

Iklan

"Kalau setakat nak maki hamun itu bukan pandangan. Saya juga melihat sebagai ahli parti UMNO, saya menekankan dalam artikel (kenyataan dalam Facebook miliknya) saya bahawa demokrasi ini menjadi keutamaan jadi tegur menegur itu perkara biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Majlis Semarak Malaysia Merdeka Peringkat Parlimen Pengerang di Dewan Kejora, Badan Penawar di sini pada Khamis.

Pada Selasa, Azalina menerusi catatan dalam Facebook miliknya, membangkitkan persoalan adakah sudah tiba masa untuk UMNO bertanding atas tiket UMNO pada pilihan raya akan datang, atau masih di bawah bendera BN.

Selain itu, beliau berkata, adakah BN perlu menyertai pilihan raya bersama dengan gabungan baharu?

Ia kenyataan terbaharu daripada Azalina susulan pelbagai reaksi yang disuarakan ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu termasuk wujud desakan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, sekiranya ada pihak termasuk dalam parti yang tidak suka pendapat beliau, terpulang kepada mereka kerana itu merupakan hak masing-masing.

"Itu hak mereka untuk menegur dan saya juga ada hak saya untuk menegur pada sesiapa tetapi tak mungkin bila kita nak menulis tiba-tiba banyak orang mempunyai pemikiran yang seolah-olah UMNO nak bergerak ke kanan ataupun ke kiri. Saya nak ingatkan pada semua kita sebagai gabungan parti politik, gabungan dah lama ataupun baru, kita perlu menekankan kepada keikhlasan dalam perjuangan.

"Kalau kita nakkan kejayaan kita mesti boleh berikan kebebasan (bercakap), kalau setiap kali bercakap adanya persepsi negatif, kononnya ada niat jahat daripada mana-mana pihak, macam orang nak dipaksa kahwin kita niatkan supaya baik-baik tetapi kalau kita mempunyai persepsi negatif sahaja macam mana kita nak membentuk keluarga yang bahagia," ujarnya.

Justeru beliau percaya sebagai orang politik, mempunyai hak untuk memberi pandangan dan itu selari dengan prinsip demokrasi dan perkara tersebut tiada isu.