Perhitungan juara dunia, jagoan Olimpik

Iklan
Ujian sebenar Aaron (kanan) dan Wooi Yik apabila akan menentang juara Olimpik pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen malam ini. -Foto: Badminton Photo

KEJOHANAN Badminton Dunia 2023 bakal menyaksikan pertemuan sengit antara juara dunia dan juara Sukan Olimpik dalam saingan pusingan ketiga di Copenhagen, Denmark malam ini.

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan dalam aksi yang dijadualkan berlangsung di Royal Arena.

Iklan
Iklan

Mereka hadir dengan gelaran hebat, Aaron-Wooi Yik turun sebagai juara bertahan manakala Lee Yang-Chi Lin merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Sudah tentu ia akan menjadi perlawanan yang sukar (bertemu Lee Yang-Chi Lin).

Iklan

"Kami akan buat persediaan. Harap ada luck dan paling penting diri sendiri (fokus kepada perlawanan),” katanya.

Meninjau daripada rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Lee Yang-Chi Lin yang menang empat daripada enam perlawanan sebelum ini.

Lee Yang (depan) dan Chi Lin mara ke pusingan ketiga setelah menundukkan pasangan Jepun. - Foto: Agensi

Iklan

Kali terakhir Lee Yang-Chi Lin menang ke atas Aaron-Wooi Yik ialah dalam Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) April lepas.

Sebelum itu, Aaron-Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum menang ke atas wakil tuan rumah, Jeppe Bay-Lasse Molhede.

Pasangan negara tewas kepada Bay-Molhede 18-21 pada set pertama, namun Aaron-Wooi Yik bangkit pada permainan seterusnya untuk menang 18-21, 21-14 dalam saingan awal pagi Khamis.

Berbeza pula dengan Lee Yang-Chi Lin yang mara ke pusingan ketiga dengan mudah setelah menumpaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun 22-20, 21-16.