Program Kewangan Sosial iTekad

Iklan

Seorang peniaga menyusun sayur-sayuran sementara menunggu pelanggan ke gerainya ketika tinjauan di Pasar Siti Khadijah hari ini.

Kerajaan akan menambah peruntukan geran sebanyak RM6 juta untuk program kewangan sosial iTekad bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya golongan B40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

iTekad merupakan program penaung yang diwujudkan oleh Bank Negara bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaan ke arah menjana pendapatan yang berterusan.