PUTRAJAYA - Satu kenyataan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rasuah melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bertarikh 23 Ogos 2023 seperti yang ditularkan menerusi media sosial adalah palsu.
Tegas SPRM, tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat serta mengelirukan orang ramai.