KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Disember tahun ini hingga 7 Mac 2024.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini memaklumkan Ujian Amali Sains dijadual pada 5 hingga 7 Disember, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Januari, manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Januari, tahun depan.
Iklan
Iklan
Ia diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Januari seterusnya Ujian Bertulis dijadual pada 30 Januari hingga 7 Mac.
"Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.
"Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023,” menurut kenyataan. - Bernama