Penjara Penor lokasi utama Malaysia #QuranHour di Pahang

Iklan
Penjara Penor lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang yang dijadualkan berlangsung 30 Ogos ini.

KUANTAN - Penjara Penor dan Masjid Jaya Gading di sini antara lokasi bagi penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang yang dijadualkan berlangsung 30 Ogos ini.

Setiausaha Pertubuhan RumahNgaji Pahang (PRNP), Mohd Rozamli Mohd Razak berkata, buat julung kalinya Malaysia #QuranHour diadakan di Penjara Penor sekali gus menjadikan lokasi utama penganjurannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seperti yang ditetapkan, surah al-Insan menjadi surah pilihan untuk #QuranHour dan ia bertepatan tema 'Memanusiakan Manusia'.

"Walaupun hidup ini penuh cabaran namun setiap kita berpeluang untuk berubah selagi mana hayat dikandung badan. ALLAH tetap melihat hujung hayat kita dan moga kita kembali ke pangkal jalan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan
Mohd Rozamli (tiga dari kanan) bersama kakitangan Penjara Penor bagi menjayakan penganjuran Malaysia #QuranHour di Pahang.

Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung merupakan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, PRNP dengan kerjasama Penjara Penor.

Beliau memaklumkan program terbabit akan dihadiri Pengarah Penjara negeri Pahang, Datuk Abu Hasan Hussain; Pengerusi PRNP, Md Abdu Sahak dan pentaddabur, pensyarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof Madya Dr.Mahyuddin Ismail.

Iklan

Katanya, pada program kali ini, dianggarkan lebih 130 peserta akan mengambil bahagian terdiri daripada penghuni, kakitangan dan para jemputan.

"Peserta amat terhad kerana #Quranhour ini diadakan di dalam penjara. Namun begitu, besar harapan kita bersama untuk menjadikan program ini suatu yang bersifat momentum untuk terus istiqamah berinteraksi dengan al- Quran sebagai solusi kehidupan," katanya.