MALBATT: Misi Bakara kutip RM1 juta tayangan pembukaan

Iklan
FILEM yang di inspirasi daripada kisah benar, MALBATT: Misi Bakara mencatat kutipan RM1 juta menerusi tayangan awal pada Rabu.

FILEM yang di inspirasi daripada kisah benar, MALBATT: Misi Bakara sudah mencatat kutipan RM1 juta menerusi tayangan awal pada Rabu.

Penerbit Eksekutif MALBATT: Misi Bakara merangkap Ketua Pegawai Operasi GSC Movies, Tung Yow Kong mewakili pihak penerbit lain berkata, pihaknya bersyukur dengan sokongan penonton terhadap filem ini yang amat luar biasa.

Iklan
Iklan

"Kami rasa amat berbesar hati apabila penonton memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan dan di kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudah menyaksikan MALBATT: Misi Bakara di pawagam.

"Sebagai penerbit, harapan kami agar dapat membuka mata kepada generasi muda akan kehebatan 'Harimau Malaya' di mata dunia dan secara tidak langsung juga dapat memupuk semangat patriotik melalui filem ini sempena bulan kemerdekaan," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

MALBATT: Misi Bakara diterbitkan oleh Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw dengan kerjasama Tentera Darat Malaysia.

Filem aksi perang ketenteraan Malaysia ini diarahkan oleh Adrian Teh dan membariskan pelakon ternama seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri serta Ikhram Juhari.

Iklan

Ia berdasarkan dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993.