Pewartaan jawatan menteri elak pertindihan tugas

Iklan

SHAH ALAM - Pewartaan jawatan menteri penting dilakukan bagi memastikan menteri mengetahui tentang kuasa yang terdapat pada portfolio masing-masing dan mengelak pertindihan tugas.

Pakar perlembagaan yang juga Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan setiap menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat daripada Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas pelantikan itu dibuat, maka jawatan tersebut perlu diwartakan di bawah Akta Fungsi Menteri-Menteri 1969.

"Tujuan pewartaan ini supaya segala implikasi perundangan yang berkaitan akta-akta yang menyentuh kuasa menteri dapat berjalan dengan sah,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Iklan
Iklan

Katanya, antara contoh yang mudah ialah Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang kelihatan mempunyai fungsi hampir sama.