Pemuda Pas Selangor desak siasatan terperinci skandal INSAN

Iklan
Mohamed Sukri Omar. - Foto: FB

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendesak siasatan terperinci dijalankan terhadap skandal Skim Insuran Am Selangor (INSAN) yang didakwa rakyat Selangor didaftarkan di dalam skim itu tanpa izin penerima.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, didapati pengguna didaftarkan bawah skim ini sejak 2022 serta berstatus aktif dan dijadualkan luput pada November tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa persoalan besar perlu dijawab oleh pentadbiran Selangor berkenaan antaranya berkenaan status pengendali projek syarikat WavPay Fintech Holding Sdn Bhd yang dimiliki oleh syarikat swasta CT Frank Technology dengan pegangan saham majoriti sebanyak 51 peratus.

"Kerajaan negeri juga perlu menjelaskan kedudukan bekas Exco Negeri, Datuk Teng Chang Khim sebagai pengarah bagi WavPay yang jelas merupakan satu pertembungan kepentingan peribadi dalam urusan ini.

Iklan

"Kenyataan berkenaan isu ini juga tidak konsisten contohnya Chang Khim pada 2022 menggambarkan seolah-olah skim ini perlu dimohon, namun hal ini bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan skim ini baru di peringkat 'prapendaftaran' yang hanya akan aktif apabila diisi sendiri oleh rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa, timbul isu pertikaian pengguna didaftarkan tanpa kebenaran menerusi INSAN didakwa menggunakan data peribadi tanpa kebenaran.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Program INSAN: Dakwaan salah guna data, polis terima 8 laporan

Operasi laman sesawang INSAN digantung

'Boleh saman kes program INSAN' - Peguam

Nafi guna data pengguna tanpa kebenaran untuk program INSAN - MB Selangor

Isu tersebut tersebar di media sosial telah menimbulkan kebimbangan awam tentang tahap keselamatan data peribadi.

Mohamed Sukri berkata, sebagai satu produk kewangan, skim insurans ini tidak boleh didaftarkan secara paksa tanpa izin dan pengetahuan penerima manfaat yang melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

"Pemuda Pas Selangor menuntut penjelasan tuntas Amirudin serta barisan kepimpinan kerajaan negeri. Pada masa sama menuntut isu ini disiasat oleh pihak berkuasa secara mendalam.

"Kami turut menasihatkan kepada rakyat yang telah mendapati nama tersenarai dalam skim insurans tanpa izin untuk membuat laporan polis sebagai langkah melindungi keselamatan data peribadi anda," katanya.