'Dedahkan butiran perjanjian Ambalat kepada PAC' - KJ

Iklan
Tangkap layar InstaStory Khairy pada Khamis. Khairy (kiri).

SHAH ALAM - Kerajaan dicadangkan mengemukakan butiran perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen secara rahsia.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan tidak boleh menyahklasifikasikan perjanjian tersebut bagi menunjukkan ia tidak membabitkan blok Ambalat.

Iklan
Iklan

Katanya, ia kerana kedua-dua pihak mempunyai ahli Parlimen dalam jawatankuasa khas itu selain disebabkan isu sempadan negara menjadi perkara yang sentiasa sensitif.

"Saya melakukan pendekatan (dedahkan perjanjian) ini semasa program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK).

Iklan

Mengulas lanjut, bekas Ketua Pemuda UMNO itu memberitahu, PAC kemudiannya merumuskan bahawa semua proses pembelian vaksin terbabit adalah betul dan mematuhi peraturan.

"Jadi (kepada kerajaan sekarang) buatlah perkara yang sama," ujarnya bekas Ketua Pemuda UMNO itu lagi.

Iklan

Kerajaan Persekutuan pada Ahad lalu digesa menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu, bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, langkah itu dapat menjawab sejauh mana Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, tidak membabitkan blok Ambalat.

Katanya, pendedahan perjanjian itu juga dapat menoktahkan spekulasi dan kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi, seperti yang dikatakan kerajaan sebelum ini.

Ronald berkata, blok Ambalat seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi di tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah itu yang dikatakan mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan dipertahankan Malaysia sejak sekian lama, tidak boleh digadai sama sekali.

"Apatah lagi pakar maritim yang terbabit dalam usaha melindungi hak Wilayah Malaysia, memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia.

"Mereka berkata Malaysia tidak sepatutnya berkompromi terhadap tuntutannya ke atas kawasan tertentu. Kita tidak boleh bertolak ansur atau berkompromi dalam soal kedaulatan negara, khususnya perairan Sabah yang juga membabitkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta pelantar benua antara Malaysia dengan Indonesia," katanya.