SIMPANG RENGGAM - Sebagai usaha menjadikan golongan suri rumah mempunyai pendapatan secara kecil-kecilan, Kelab Puteri Prihatin Simpang Renggam (KPPSR) mempelawa orang ramai menyertai Kelas Roti Viral.
Pengerusinya, Suzana Banoo Shaikh Shafiullah berkata, kelas tersebut sebagai inisiatif menjadikan suri rumah di Simpang Renggam ini berkemahiran mengusahakan produk jualan yang mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.
Katanya, sebagai siri pertama, seramai 15 orang menyertai kelas ini yang kebanyakan mereka adalah suri rumah sepenuh masa, selain kakitangan awam dan swasta.
"Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, kami amat memahami kepayahan hidup sebahagian daripada keluarga di sini yang hanya bergantung harap kepada pendapatan suami.
"Jadi, langkah ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada mereka menjana pendapatan masing-masing selain seterusnya membantu suami di dalam meningkatkan taraf hidup keluarga,” katanya.
Penganjuran kelas ini, dijalankan secara berterusan melibatkan suri rumah di seluruh Simpang Renggam.
"Melihat kepada hasil pembelajaran kelas ini, saya amat yakin jika diusahakan kerana mampu membantu keluarga.
"Dengan pembelajaran ini juga, peserta mampu mengeluarkan mereka dan keluarga dari kelompok golongan B40.
Sementara itu, peserta Norseha Rahim, 35, berkata, Kelas Roti Viral ini telah membuka mata mereka untuk membantu keluarga menjana pendapatan tanpa perlu bersusah payah membanting tulang, selain tidak perlu meninggalkan keluarga.
"Kepada rakan-rakan yang ingin membuka ruang perniagaan sendiri termasuk jualan melalui atas talian, diharapkan mereka tidak melepaskan peluang ini kerana ianya banyak memberikan manfaat kepada setiap peserta terlibat,” katanya.