Hamzah sahkan akaun dibeku pihak berwajib

Iklan
Pada Rabu Sinar Harian melaporkan akaun milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan ahli keluarga terdekatnya didakwa telah dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan bahawa akaun miliknya dan isteri dibekukan oleh pihak berwajib.

Dakwanya, pembekuan itu mungkin disebabkan wujudnya tekanan dan campur tangan pemimpin politik tertinggi dalam kerajaan sehingga ia disebarkan kepada media.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan usaha terdesak kerajaan untuk terus menekan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.

"Ia juga satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN terutamanya selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada parti ini apabila memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, media melaporkan, akaun Hamzah dan ahli keluarga terdekatnya didakwa telah dibekukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Larut itu berkata, beliau percaya pemimpin PN akan berhadapan dengan lebih banyak tindakan politik dalam tempoh masa terdekat termasuk menggunakan pihak polis untuk menyiasat tindakan mengkritik DAP dalam kempen pilihan raya negeri.

Iklan

Pada masa sama, beliau memberitahu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak akan menghentikan perjuangannya.

"Saya telah menyerahkan suatu surat tuntutan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Kerajaan Malaysia.

"Kini peguam sedang menyediakan kertas-kertas untuk tujuan memulakan tindakan mahkamah kerana mengheret nama saya dalam kes pendakwaan yang tiada kena-mengena langsung dengan saya,” ujarnya.