Kerajaan PH perlu fokus isu tempatan

Iklan
L Manickam

JEMPOL - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan tidak membuang masa dengan isu global seperti statut Rom dan Icerd, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada isu tempatan.

Ketua MIC Bahagian Jempol, Datuk L Manickam berkata, keutamaan dan kepentingan rakyat tempat jauh lebih penting berbanding isu global tersebut yang mana masih tiada pengakhirannya.

Iklan
Iklan

"Banyak lagi janji dalam manifesto PH yang belum dilaksanakan dan itu hanya mendatangkan kemarahan rakyat.

"Bagaimanapun janji menghapuskan GST dan menggantikan dengan SST itu dilihat tidak membantu menurunkan harga barang sebaliknya kos sara hidup rakyat masih lagi meningkat ditambah pula harga barangan komoditi pula dilihat semakin menurun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan

ADUN Jeram Padang itu berkata, hidup masyarakat di luar bandar semakin sukar disebabkan kos harga komoditi menurun.

"Apa yang kerajaan PH lakukan untuk membantu penduduk luar bandar dan membantu menangani kos hidup yang semakin meningkat?

Iklan

"Saya harap kerajaan dapat memberi tumpuan dengan lebih serius mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat kerana sehingga kini masih harga barang tidak juga turun sebaliknya semakin mahal,” katanya.