Tang Jie-Ee Wei, Pearly-Thinaah teruskan kemaraan di Copenhagen

Iklan
Tang Jie-Ee Wei - Foto: Badminton Photo

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, membuktikan kehadiran gandingan ke-17 dunia itu ke Kejohanan Badminton Dunia bukan biasa-biasa apabila mengesahkan slot suku akhir pada Khamis.

Dalam perlawanan pusingan 16 di Royal Arena, Copenhagen, Denmark, Tang Jie-Ee Wei bangkit daripada kekalahan set pertama 20-22 untuk menewaskan pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

Iklan
Iklan

Set kedua, Tang Jie-Ee Wei kembali semula ke dalam permainan apabila menjinakkan gandingan kelapan dunia itu 21-19.

Pada set penentuan, Tang Jie-Ee Wei tampil lebih garang apabila meninggalkan Gicquel- Delrue jauh untuk kemenangan 21-12 dalam aksi yang berlangsung dalam masa 74 minit.

Iklan

Keputusan itu membolehkan Tang Jie -Ee Wei menantikan pemenang perlawanan Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun menentang beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati bagi perebutan slot separuh akhir pada Jumaat

Turut sama mengesahkan kemaraan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila menjinakkan gandingan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Pearly-Thinaah - Foto: Badminton Photo

Iklan

Pearly-Thinaah yang berstatus pilihan ke-10 dunia itu menguasai permainan sejak awal saingan dengan menang set pertama 21-15.

Matsumoto-Nagahara berusaha kembali pada set kedua, namun permainan mantap Pearly-Thinaah membolehkan tirai perlawanan dilabuh dengan kemenangan 22-20 dalam masa 48 minit.

Pearly-Thinaah akan berdepan cabaran pemain dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu, bagi perebutan slot separuh akhir pada Jumaat