NAIB juara musim lalu, Arsenal masih jauh daripada beroperasi pada tahap terbaik sebenar walaupun memperoleh dua kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Malah, pengendali Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung mengakui enam mata diraih hasil daripada dua perlawanan itu tidak menggambarkan kekuatan sebenar juara Perisai Komuniti berkenaan.
Dalam aksi menentang Forest dan The Eagles jelas bekas penolong pengendali Pep Guardiola di Manchester City, Arsenal tidak mencipta banyak peluang sebaliknya dibantu pertahanan yang lebih kuat.
"Arsenal perlu mencari keseimbangan yang lebih baik daripada dua perlawanan terakhir, dan kembali kepada jenis permainan penyerang yang membantu kelab menduduki tempat kedua musim lalu.
"Ya, kami perlu memasukkan bola ke dalam jaring lebih kerap, terutamanya dengan penguasaan yang dimiliki dalam dua perlawanan sebelum ini.
"Tetapi itu adalah perkara yang paling sukar dalam bola sepak, jadi jika anda tidak melakukannya, anda perlu segera melakukan di bahagian lain dengan tekanan tinggi,” katanya.
The Gunners menyingkap saingan EPL langkah kanan dengan menewaskan Nottingham Forest, 2-1 di Stadium Emirates sebelum bergelut untuk menang 1-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park.
Anak buah Arteta akan melayan kunjungan Fulham kendalian Marco Silva di Stadium Emirates pada Sabtu, yang tampil dengan misi tiga mata selepas The Cottagers dibelasah 0-3 Brentford di Craven Cottage pada 19 Ogos lalu.
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (26 OGOS)
Chelsea lwn Luton Town, 3 pagi
Bournemouth lwn Tottenham, 7.30 malam
Brentford lwn Crystal Palace, 10 malam
Arsenal lwn Fulham, 10 malam
Manchester United lwn Nottingham Forest, 10 malam
Everton lwn Wolves, 10 malam
AHAD (27 OGOS)
Brighton lwn West Ham United, 12.30 tengah malam
Sheffield United lwn Manchester City, 9 malam
Burnley lwn Aston Villa, 9 malam
Newcastle United lwn Liverpool, 11.30 malam