'45 tahun tak jumpa, rasa masih usia 17 tahun'

Iklan
Norisah barisan depan (tengah) dan Wan Faizah (kanan) bergambar kenangan dengan sahabat selepas terpisah lebih empat dekad.

KOTA BHARU - Jejak kasih selepas 45 tahun tahun terpisah menggamit seorang pesara pegawai Consulate General of Malaysia dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) pulang ke tanah air untuk bertemu lebih 30 sahabat alumni dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab bagi sesi tahun 1978.

Wanita itu, Norisah Muda, 62, tiba di Malaysia pada 6 Ogos lalu selepas mengharungi penerbangan 24 jam dan pulang ke kampung halaman di Kampung Laut, Tumpat.

Iklan
Iklan

Norisah kemudian menaiki bot dari Jeti Kampung Laut ke Jeti Tambatan Diraja di sini untuk bertemu sahabat zaman persekolahan yang kini sudah berusia 62 dan 63 tahun.

Katanya, detik pertemuan itu mengimbau pelbagai memori pahit manis ketika berada di zaman remaja bahkan terasa masih berada di Tingkatan Lima.

Iklan

"Selama 45 tahun terpisah, perhubungan kami hanya terjalin melalui WhatsApp sahaja dan langsung tidak pernah berjumpa.

"Di WhatsApp kami berbual dalam keadaan masih terbayang wajah masing-masing semasa zaman muda, bahkan sekarang kami lagi berasa seperti berusia 17 tahun,” katanya ketika ditemui pada Majlis Reunion SMK Zainab sesi 1978 di D’Ridel Hotel di sini, pada Khamis.

Lebih 30 alumni SMK Zainab bertemu selepas 45 tahun terpisah.

Iklan

Sementara itu, pengendali Alumni SMK Zainab sesi 1978, Wan Faizah Wan Ab Ghani,63, berkata, perjumpaan semula mereka selepas lebih empat dekad itu menyaksikan masing-masing sudah bergelar nenek dan memiliki kerjaya yang amat membanggakan walaupun ramai sudah bersara.

Katanya, mereka terdiri dalam kalangan peguam, bekas guru, pensyarah, ahli perniagaan, pegawai kerajaan, ahli farmasi dan doktor.

"Tak dapat nak gambarkan 1,001 perasaan dan rasa teruja dapat berjumpa kembali dengan semua sahabat.

"Ada beberapa sahabat yang sudah pergi meninggalkan kami dan mereka juga akan sentiasa kami doakan semoga sama-sama bertemu di syurga ALLAH nanti,” ujar beliau.