Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia

Iklan
Zii Jia

KEMARAAN perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Dunia 2023 terhenti pada pusingan ketiga selepas ditunjukkan jalan keluar bintang Denmark, Anders Antonsen di Copenhagen, Denmark pada Jumaat.

Zii Jia tewas dalam masa 53 minit untuk mencatat kekalahan straight set 18-21, 17-21 di Royal Arena.

Iklan
Iklan

Pemain profesional itu yang mendapat sentuhan pengendali Wong Tat Meng sebelum ini mengesahkan kemaraan selepas menewaskan pemain Kanada, Brian Yang straight set 21-11, 21-16 dalam masa 33 minit.

Antonsen yang beraksi di bumi sendiri tampil konsisten dalam usaha memburu pingat ketiga Kejohanan Dunia selepas memenangi perak dan gangsa pada 2019 dan 2021.

Iklan

Disokong sokongan padu penonton tuan rumah di Royal Arena di Copenhagen, Antonsen sentiasa selangkah di hadapan ke atas lawannya yang bukan pemain pilihan.

Set pertama kedua-dua saling bertukar mata sebelum Antonsen membuka jurang 11-9 ke atas Zii Jia yang pernah menarik diri ketika berdepannya suku akhir edisi 2021.

Iklan

Biarpun Zii Jia kembali semula merapatkan kedudukan, namun Antonsen tenang membuka kelebihan empat mata sebelum melabuh tirai perlawanan pertama 21-18.

Set kedua, Antonsen membuka pendahuluan tiga mata awal sebelum Zii Jia sekali lagi menemui rentak kembali ke kejuaraan.

Namun Antonsen konsisten selangkah di hadapan sepanjang permainan sehingga Zii Jia sekali lagi menyamakan kedudukan sebelum bintang Scandinavia tersebut menghantar terus pemain Malaysia itu pulang dengan kemenangan 21-17.