ATLANTA - Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Atlanta, Georgia pada Khamis dan dibawa ke Penjara Fulton County untuk menyerah diri atas lebih 12 pertuduhan berkaitan dakwaan cubaan membatalkan keputusan pilihan raya Georgia 2020.
Ini adalah kes jenayah keempat Trump tahun ini sejak Mac, termasuk dakwaan rasuah, penyimpanan dokumen sulit negara secara haram dan penglibatan dalam serangan maut ke atas Kapitol AS.