Program Sentuhan Belia Merdeka sasar 660 belia menurunkan cop tangan di kain rentang khas sempena Hari Kebangsaan ke-66 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Ahad.
Iklan
Iklan
"Ia akan disempurnakan dengan tandatangan khas Imam Besar MTMZA, Nor Azamir Alias dan Ketua Pengarah Sektor Pendidikan MyFundAction, Muhammad Danish Khairi.
"Kami berharap agar program ini menjadi titik permulaan untuk belia dan komuniti bersatu padu dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan terkehadapan dari segala aspek kehidupan.
"Pada hari sama, seramai 300 belia tempatan dan antarabangsa dijangka berkumpul di masjid berkenaan sebagai usaha mendekatkan belia dengan institusi masjid,” katanya pada Jumaat.
Pelbagai aktiviti disediakan buat pengunjung antaranya sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran reruai kebudayaan, jualan ayam kampung merdeka, kembara kemerdekaan untuk kanak-kanak dan lain-lain.
MyFundAction mengalu-alukan sokongan dan kesudian syarikat korporat, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), badan bukan kerajaan (NGO) atau individu perseorangan yang ingin berkolaborasi bagi meningkatkan taraf kualiti belia di negara ini.