Hujan tidak halang PM jamu selera bersama orang ramai di Kempas

Iklan
Anwar bersalaman dengan orang ramai di medan selera Taman Cempaka, Kempas diperhatikan Suhaizan (kanan).

JOHOR BAHRU - Hujan tidak menghalang ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah untuk makan tengah hari bersama orang ramai di medan selera Sri Cempaka, Taman Cempaka, Kempas.

Ketibaan Perdana Menteri pada jam 12.35 tengah hari disambut calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat serta beberapa pemimpin.

Iklan
Iklan

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dan menjamu selera makan tengah hari dengan hidangan lauk kampung khususnya asam pedas yang sememangnya terkenal di Johor.

Anwar ( tengah) makan tengah hari bersama Suhaizan (kanan) Dan Onn Hafiz (kanan) di medan selera Taman Cempaka Kempas pada Jumaat.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Rahman Taman Dahlia.

Iklan

Sebelum itu, ketibaan Perdana Menteri disambut Onn Hafiz di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, pada jam 11.30 pagi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan akan menghadiri Kenduri Rakyat di Dataran Taman Dahlia pada jam 2 petang.

Iklan

Perdana Menteri kemudian dijadualkan menyertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke pertemuan tertutup dengan jentera Perpaduan Johor membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri.