PRK: Cuti anggota, pegawai polis Johor dibekukan

Iklan
Kamarul Zaman mengadakan sidang akhbar sempena PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, di IPK Johor, Johor Bahru, pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Polis Johor membekukan cuti semua anggota dan pegawainya sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di negeri ini.

Polis Kontinjen Johor dibekukan bagi memastikan keupayaan penuh pemantauan dan penguatkuasaan dapat dijalankan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung di negeri ini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, langkah tersebut bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan sepenuhnya dapat dijalankan sepanjang tempoh berkempen sehingga hari mengundi pada 9 September ini.

Beliau memberitahu, keanggotaan seluruh polis Johor seramai 3,500 mencukupi adalah bagi memastikan kelancaran bermula hari penamaan calon pada Sabtu.

Iklan

"Buat masa ini, tiada keperluan untuk mendapatkan bantuan daripada kontinjen luar, keanggotaan Polis Kontinjen Johor sudah mencukupi bagi memastikan keamanan proses pilihan raya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

"Oleh itu, cuti kesemua anggota dan pegawai polis di setiap bahagian akan dibekukan supaya dapat menjalankan tugas pada tahap optima sepanjang PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Jumaat.

Iklan
Beliau turut mengingatkan calon dan penyokong agar tidak mencetuskan sebarang provokasi sepanjang tempoh kempen serta saling menghormati antara satu sama lain.

"Saya mengingatkan semua yang terbabit supaya berkempen secara berhemah dan tatatertib serta menjauhi perbuatan merosakkan bahan kempen dan sebagainya.

"Semasa tempoh berkempen, turut diingatkan agar tidak menyentuh isu 3R (isu agama, raja dan kaum), ini termasuk kempen menerusi media sosial di mana mereka seharusnya mematuhi undang-undang," katanya.