Kejutan ijazah untuk ibu

Iklan
Sharonda menerima kejutan di majlis graduasi anaknya. - Foto Central Michigan University

MICHIGAN - Demi meraikan kejayaan anak lelakinya yang menamatkan pengajian di Central Michigan University (CMU), seorang wanita sanggup melepaskan majlis graduasinya sendiri yang diadakan pada hari sama.

Sharonda yang sepatutnya menerima ijazah sarjana dari Ferris State University bagaimanapun memutuskan untuk menemani anaknya, Stephan Wilson.

Iklan
Iklan

Kisah Sharonda mendapat perhatian Presiden CMU, Bob Davies selepas salah seorang rakan Wilson memaklumkan perkara itu kepadanya.

"Rakan Wilson bekerja di pejabat Presiden Davies. Dia ada terbaca entri Wilson di Facebook yang memberitahu ibunya tidak menghadiri majlis konvokesyennya sendiri kerana ingin melihat anaknya menerima ijazah.,” menurut jurucakap CMU.

Iklan

Davies kemudiannya menghubungi Presiden Ferris State University, David Eisler dan mereka merancang untuk mengadakan kejutan majlis graduasi mini untuk Sharonda.

"Bagi pihak presiden Eisler dan pemegang amanah Ferris State, sila pindahkan juraian topi anda dari kanan ke kiri,” umum Davies diiringi tepukan guruh.

Iklan

Sementara itu, Wilson mengucapkan terima kasih kepada Davies dan Eisler kerana menjadikan majlis tamat pengajiannya begitu bermakna.

Kisah dua beranak ini tular di media sosial selepas CMU berkongsi video pendek mereka di Facebook, beberapa hari lalu. - Buzzfeed News