WUIF mahu lahir generasi celik al-Quran

Iklan
Zaim

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mahu melahirkan generasi yang bukan sekadar tahu membaca al-Quran sebaliknya memahami dan melaksanakan kandungan kitab suci berkenaan.

Konsultan Perhubungan Antarabangsa Kawalan Kualiti WUIF, Zaim Zamri berkata, menerusi program Malaysia #QuranHour 2023 ia merupakan satu kebangkitan dalam melahirkan generasi celik al-Quran.

Iklan
Iklan

"Kita mahu membentuk satu ekosistem negara yang berteraskan al-Quran bukan hanya melalui pembacaan tetapi mengkaji dan mempraktikkan ajaran yang diterangkan dalam kitab suci itu.

"Kita mahu fokus secara terus tentang pelaksanaan nilai-nilai al-Quran dalam segenap aspek kehidupan. Justeru pada Malaysia #QuranHour 2023 kita meletakkan surah Al-Asr sebagai salah satu surah yang diperjelaskan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live yang bertajuk ‘Pemuda Hari Ini, Pemimpin Hari Esok’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Jumaat.

Program itu dihoskan Haizir Othman dan turut menampilkan Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti WUIF, Safri Muhammad Zein.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan tema Malaysia #QuranHour 2023 ialah ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’ dengan mengangkat tiga surah pilihan iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr yang bakal berlangsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos depan.

Mengulas lanjut, Zaim berkata, tujuan menjadikan surah Al-Asr dipilih adalah untuk menyedarkan anak muda pada masa kini yang mana kebanyakan mereka berada dalam keadaan terlalu selesa.

"Sesiapa yang membaca surah berkenaan, mesej pertama yang diperoleh adalah manusia berada dalam kerugian. Jadi kita mahu membawa satu perspektif bahawa anak muda tidak boleh lagi berasa selesa dan bersuka ria.

"Kita mengharapkan pemuda-pemuda melibatkan diri dalam projek pembinaan legasi yang membawa kebaikan kepada negara,” ujarnya.

Jelas beliau, untuk menuju ke arah pembentukan kepimpinan yang berkaliber, golongan itu perlu membina keperibadian diri dengan nilai al-Quran.