Ahli UMNO terikat dengan perlembagaan parti - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - UMNO menegaskan penyertaan mana-mana ahli dalam satu pakatan yang tidak dianggotai parti diperincikan dalam Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO.

Fasal itu menerangkan, jika seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) akan gugur keahlian dengan sendirinya.

Iklan
Iklan

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Lembaga Disiplin UMNO diberikan kuasa penuh dan berkecuali untuk menyiasat, memperhalusi dan mengambil tindakan terhadap kes berkaitan perlanggaran disiplin.

Katanya, menerusi perlembagaan UMNO telah menjelaskan prinsip penting untuk setiap ahli dalam memelihara nama baik dan maruah parti.

Iklan

"UMNO mengambil perhatian secara serius sebarang isu perlanggaran disiplin mahupun perlakuan yang boleh dianggap menyalahi peraturan dan menyanggahi perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis menghadiri suatu majlis Perikatan Nasional, bagi pihak Muafakat Nasional yang diterajui bekas pemimpin UMNO dan ahli baharu Pas, Tan Sri Annuar Musa.

Iklan

Program berkenaan difahamkan bagi menandakan permulaan kepada kempen PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai yang bakal berlangsung pada 9 September ini.

Jelas Asyraf, beliau menyeru ahli-ahli UMNO untuk kekal bersatu dan bersetia dengan wadah yang menjadi induk penting dalam Kerajaan Perpaduan dalam memelihara Islam dan memartabatkan agenda Melayu-Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan UMNO.