NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2023 turun kepada AS$1,918.30 setiap auns troy daripada AS$1,921.30 setiap troy auns pada Khamis manakala September 2023 susut kepada AS$1,927.10 daripada AS$1,930.10.
Iklan
Iklan
Kontrak Oktober 2023, November 2023, Disember 2023 dan Februari 2024 semuanya ditutup pada AS$1,936.30 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada 20 lot daripada lapan lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 107 kontrak berbanding 97 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada AS$1,917.05 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 24 Ogos. - Bernama