Remaja hilang di Sungai Lubuk Batu ditemui mati lemas
Iklan
Operasi SAR yang digerakkan sejak Khamis ditamatkan selepas mayat mangsa berjaya ditemui pada petang Jumaat.
KUANTAN - Remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin ditemui mati lemas pada Jumaat.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat Mohd Iman Daniel Azri, 14, beralamat di Felda Keratong 4, Rompin ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 7 petang selepas timbul kira-kira lima meter dari lokasi dia dihanyutkan.