Pacak khemah tidak kena tempat, satu keluarga dikecam

Iklan
Sebuah keluarga memasang khemah dan meja makan di selekoh tajam dikecam netizen di Vietnam. - Foto Agensi

HANOI - Aktiviti perkhemahan bersama keluarga semakin popular pada hari ini yang dikatakan dapat mengeratkan tali silaturahim keluarga.

Namun, tindakan memacak khemah di tempat tidak sepatutnya yang kononnya dapat menikmati 'healing' boleh mengundang bahaya diri dan orang lain.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian baru-baru ini yang dikongsikan dalam platform media sosial Vietnam menunjukkan sebuah keluarga kelihatan menikmati perkhemahan mereka di selekoh tajam jalan raya di lereng gunung.

Keluarga itu bukan sahaja meletakkan kereta di bahu jalan, malah meja makan serta kerusi ditempatkan di sudut selekoh jalan yang berbahaya.

Iklan

Kelihatan juga seorang wanita menyediakan makanan atas meja manakala empat orang kanak-kanak menunggu hidangan makanan dan minuman mereka.

Sebaik saja video itu disiarkan di media sosial, natizen terus melontarkan kritikan pedas sehingga mencetuskan pendebatan meluas.

Iklan

Netizen bukan saja marah kerana khemah itu menghalang lalu lintas, malah memaki hamun keluarga itu kerana mengundang bahaya kepada orang lain.

"Jika anda melepasi selekoh seperti ini, kereta tidak sempat brek dan anda tidak boleh lari ke mana-mana lagi. Jangan bermain-main dengan ajal.

"Ia tindakan berani untuk meletakkan kerusi di laluan kereta dan membiarkan anak-anak duduk di luar. Mereka sengaja mencari pasal," komen natizen. - Agensi