Kebakaran hutan makin mengganas

Iklan
Ratusan anggota bomba mengawal kebakaran di Greece selama enam hari berturut-turut dan turut menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terkorban.

BRUSSELS - Rantau Eropah sekali lagi bergelut dengan suhu ekstrem pada musim panas ini dengan kebakaran hutan yang semakin mengganas dari kawasan Mediterranean hingga ke Sepanyol.

Fenomena perubahan iklim yang sedang melanda seluruh dunia dikatakan menjadi penyebab krisis tersebut.

Iklan
Iklan

Perubahan iklim menjadikan gelombang haba luar biasa berlaku dengan lebih kerap malah ia turut disahkan oleh panel saintis iklim di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Bangkai haiwan ternakan ditemui rentung dalam kebakaran di perkampungan Kirki berhampiran Alexandroupoli di Athens.

Saintis iklim di Imperial College London yang mengetuai penyelidikan cuaca dunia, Friederike Otto juga mengakui situasi yang semakin meruncing ketika ini yang didorong oleh fenomena tersebut.

Iklan

Panel saintis telah melakukan 'kajian atribusi' untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang impak perubahan iklim yang mempengaruhi gelombang haba tertentu.

Pesawat hidro, Canadair mengambil bekalan air di pelabuhan Santa Cruz de Tenerife yang akan digunakan untuk memadamkan kebakaran di Pulau Tenerife di Kepulauan Canary, Sepanyol.

Sejak 2004, lebih 400 penyelidikan seumpamanya pernah dijalankan untuk kejadian seperti banjir, kemarau dan gelombang haba berdasarkan perbandingan dengan simulasi iklim.

Iklan
Penduduk di utara Greece melihat api yang semakin marak di sebuah hutan di Sikorahi.

Laporan kajian Atribusi Cuaca Dunia mendapati gelombang haba ekstrem di Eropah Barat pada Jun 2019 adalah 100 kali ganda berisiko melanda Perancis dan Belanda jika tiada tindakan segera diambil.

Suhu yang panas melampau mengakibatkan keadaan kering yang teruk hingga mendorong api marak dengan cepat dan sukar dikawal seperti yang berlaku di Amerika Utara dan beberapa negara Eropah termasuk Greece ketika ini.

Pihak berkuasa bersama sukarelawan mengumpulkan tong gas ketika api semakin merebak di kawasan kejiranan di Acharnes, Athens.

Keadaan itu menyebabkan musim kebakaran bermula lebih awal di Meditteranean sejak pertengahan Julai dan meragut banyak nyawa.

Di Eropah, lebih sembilan daripada 10 kebakaran berpunca daripada aktiviti manusia seperti pembakaran sengaja, barbeku pakai buang dan talian elektrik.

Pasukan penyelamat melakukan sekatan jalan raya di zon kebakaran hutan berhampiran Kelowna, British Colombia di Kanada yang kembali berdepan krisis itu pada awal minggu lalu.

Negara seperti Sepanyol yang turut dilanda kebakaran hutan baru-baru ini dilaporkan kekurangan tenaga kerja untuk mengawal api tersebut kerana ramai penduduk berpindah ke kawasan bandar.

Saintis tetap dengan pendirian mereka bahawa masyarakat dunia perlu bertindak segera untuk mengehadkan pembebasan gas rumah hijau yang menjadi penyumbang utama fenomena perubahan iklim seperti gelombang haba esktrem, banjir dan kemarau walaupun pelbagai idea dilontarkan sebagai usaha mengawal kebakaran dahsyat tersebut.

Anggota bomba berhempas pulas mengawal kebakaran berhampiran Prodromos yang terletak kira-kira 100 kilometer di timur laut ibu kota Greece.

"Ayuh renung sejenak musim kebakaran kira-kira sedekad atau 20 tahun lalu, ia tidak seteruk sekarang. Bumi semakin tenat," kata Profesor Victor Resco de Dios di Jabatan Kejuruteraan Perhutanan di Lleida University, Sepanyol. - Agensi

Struktur kediaman yang musnah teruk selepas api kembali marak di kawasan utara jauh Kanada.
Lebih 26,000 penduduk di La Matanza, Pulau Tenerife di Kepulauan Canary terpaksa berpindah selepas api terus merebak.