Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

Iklan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani (kanan) melihat papan info PRK DUN Simpang Jeram ketika meninjau Pusat Penamaan Calon PRK DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim hari ini. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, masing-masing dibuka serentak tepat jam 9 pagi ini bagi proses penamaan calon.

Pusat penamaan calon bagi Parlimen Pulai diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, manakala pusat penamaan calon DUN Simpang Jeram berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.

Iklan
Iklan

Tempoh proses penamaan calon adalah selama satu jam hingga 10 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 9 September, manakala pengundian awal berlangsung 5 September.

Iklan

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini hingga jam 11.59 malam, 8 September.

Proses pemilihan wakil rakyat baharu di Pulai melibatkan 166,653 pengundi berdaftar, sementara sebanyak 40,379 pengundi di Simpang Jeram dengan Daftar Pemilih Pilihan Raya terkini yang akan digunakan adalah sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini hingga 23 Julai.

Iklan

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca mendung di daerah Johor Bahru dan Muar pada pagi ini.

PRK berkenaan diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - Bernama