12 maut insiden rempuhan di Stadium Madagascar

Iklan
Gambar hiasan.

DHAKAR - Sekurang-kurangnya 12 maut dan 80 lagi cedera dalam insiden rempuhan ketika peminat sukan cuba memasuki stadium nasional Madagascar untuk menonton perasmian Indian Ocean Island Games, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media tempatan pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Christian Ntsay pada sidang akhbar di pekarangan hospital di Antananarivo.

Iklan
Iklan

Presiden Andry Rajoelina meminta orang ramai di dalam stadium untuk bertafakur seminit bagi mengenang mangsa.

"Terdapat kira-kira 50,000 orang di stadium.

Iklan

Peristiwa tragis itu berlaku akibat orang ramai tolak-menolak.

Ada mangsa yang maut dan cedera di pintu masuk,” kata Rajoelina.

Iklan

Acara sukan itu disertai atlet dari Mauritius, Seychelles, Comoros Union, Mayotte, Reunion dan Maldives dan kali pertama diadakan pada tahun 1977.

Sukan itu diadakan di Madagascar hingga 3 September. - Bernama