PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

Iklan
Samsudin (tengah) antara calon PRK Parlimen Pulai yang paling awal tiba untuk penamaan calon di pekarangan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi menjadi calon pertama yang tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai di sini pada Sabtu.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) itu diiringi penyokong, Mohd Fauzan Rahmat dan pencadang, Azmeir Khan Omar hadir pada jam 8.35 pagi.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh 10 minit kemudian, calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Suhaizan Kaiat tiba di pusat penamaan calon diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar.

Keadaan cuaca di pekarangan pusat penamaan calon cerah, namun agak redup.

Iklan

PRK Parlimen Pulai menyaksikan 167,108 individu layak mengundi dengan pecahan seramai 74,814 pengundi Melayu iaitu 44.17 peratus; Cina seramai 67,635 pengundi (40.48 peratus); India seramai 20,555 pengundi (12.30 peratus) serta kaum lain 5,104 (3.05 peratus).

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai