LIVERPOOL menegaskan Mohamed Salah tidak akan dijual dan kelab itu tidak menerima sebarang tawaran daripada Saudi Al-Ittihad, kata pengendalinya, Jurgen Klopp.
Media British melaporkan bahawa Al-Ittihad sedang membuat tawaran baharu untuk menandatangani pemain antarabangsa Mesir itu, tetapi Klopp menjelaskan perkara itu tidak benar.
Iklan
Iklan
Salah telah menjaringkan 187 gol dalam 307 penampilan sejak menyertai Liverpool pada 2017, membantu kelab itu memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.
"Ia sentiasa sukar untuk bercakap mengenai cerita media kerana tiada apa yang boleh dibincangkan dari sudut pandangan kami.
"Kami tidak mempunyai tawaran, Mo Salah adalah pemain Liverpool. Tiada apa-apa di sana (tawaran), jika ada sesuatu jawapannya adalah tidak," katanya.
Pemain Jerman itu juga berkata bahawa Salah yang berusia 31 tahun dan telah menandatangani lanjutan kontrak selama tiga tahun komited 100 peratus kepada Liverpool.
Artikel Berkaitan