MCCBCHST jangan campur tangan urusan agama Islam - iGuru

Iklan
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengajaran 40 hadis ulama itu sebagai asas untuk orang Islam terutama anak muda bagi menguasai dan fahami Islam. (Gambar kecil: Mohd Azizee)

SEREMBAN - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) diminta tidak campur tangan dalam urusan agama Islam di negara ini.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan pertubuhan itu boleh menggugat keharmonian kaum dan agama serta melanggar titah Yang Dipertuan Agong agar tidak menyentuh hal yang berkaitan 3R (kaum, agama dan insititusi raja).

Iklan
Iklan

"Sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 3 yang mana Islam adalah agama Persekutuan dan hal ehwal agama yang terletak di bawah bidang kuasa sultan dan raja-raja.

"iGuru menyokong dan mempertahankan usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan Modul Hadis 40 sebagai wahana pengukuhan kefahaman Islam kepada murid-murid yang beragama Islam dan tidak melibatkan murid bukan Islam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, semua pihak perlu menyokong hasrat murni tersebut berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Sehubungan itu katanya, iGuru menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama.

Iklan

"Ini bagi menjamin semua pihak patuh dan akur dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan dan menjunjung prinsip Rukun Negara," katanya.

Pada Selasa, MCCBCHST dilaporkan membantah sebarang tindakan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara.

Majlis itu berkata, langkah memperkenalkan subjek berkenaan di seluruh negara mungkin bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN:Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Tiada paksaan kepada bukan Islam - PM

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

Terbit semula hadis 40 Imam Nawawi, pupuk kefahaman agama - PM

Pengajian hadis 40, bukan Islam tidak berhak persoal - Mapim

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi