Lelaki ditahan cabul penghantar makanan

Iklan
Tindakan seorang lelaki berusia 57 tahun mencabul seorang penghantar makanan membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Sungkai di sini, Khamis lalu. - Gambar hiasan

TAPAH - Tindakan seorang lelaki berusia 57 tahun mencabul seorang penghantar makanan membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Sungkai di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, dalam kejadian itu mangsa yang juga seorang lelaki berusia 34 tahun sedang menghantar pesanan makanan ke rumah suspek.

Iklan
Iklan

"Suspek mencabul mangsa dengan memegang kemaluan dan mencium pipi mangsa.

Tindakan itu menyebabkan mangsa membuat laporan polis sekitar jam 9.30 malam.

Iklan

"Siasatan telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek dibuat pada hari sama sekitar jam 10.30 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai menjalankan siasatan.

Iklan

Mohd Naim berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.