Tiada paksaan pemasangan Jalur Gemilang di Pulau Pinang
Iklan
Kon Yeow melepaskan konvoi Jaulah Merdeka 4.0 di Masjid Jamek Jelutong pada Sabtu.
GEORGETOWN - Pulau Pinang tidak melaksanakan dasar dalam mewajibkan pemasangan Jalur Gemilang di semua premis di negeri ini sempena Bulan Kemerdekaan tahun ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tiada paksaan kepada semua premis di Pulau Pinang untuk memasang bendera Malaysia bagi menunjukkan semangat patriotisme mereka terhadap negara.
Iklan
Iklan
"Di Pulau Pinang sememangnya tidak ada dasar sedemikian, kita percaya, jika dasar sedemikian dilaksanakan, (mungkin) akan ada kesan sebaliknya.
"Tiada paksaan untuk semua premis di negeri ini memasang Jalur Gemilang sebaliknya kerajaan negeri menggalakkan pemasangan Jalur Gemilang sebagai tanda terbuka untuk menyatupadukan, menunjukkan kesetiaan dan kecintaan kepada negara," katanya selepas merasmikan Program Jaulah Merdeka 4.0 Tahun 2023 di Masjid Jamek Jelutong pada Sabtu.
Iklan
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, semangat kecintaan kepada negara bukan bergantung kepada pemasangan bendera semata-mata sebaliknya ia lahir dalam diri masing-masing.
"Semangat patriotisme bukan hanya pada pemasangan bendera semata-mata.
Iklan
Sepatutnya patriotisme atau apa-apa program yang dianjurkan adalah di atas semangat kecintaan kita kepada negara dan bukan melalui paksaan.
"Ada juga yang mempertikaikan adakah dengan memasang bendera menunjukkan patriotisme kita, kalau tak pasang, maka kita tidak patriotik.
Perkara ini selalu diibicarakan dalam 10, 20 tahun kebelakangan ini," katanya.
Sebelum ini, semua premis perniagaan di bandar raya Ipoh yang enggan mematuhi notis arahan pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan akan dikenakan kompaun RM250.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pendekatan itu mengikut Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan, kerana melanggar syarat lesen seperti syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.
Katanya, selama ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengamalkan sikap toleransi dengan menasihati pemilik premis berkenaan berbanding mengenakan tindakan kompaun.
Sementara itu, mengulas mengenai Program Jaulah Merdeka 4.0 Tahun 2023, Kon Yeow berkata, program berkenaan adalah acara tahunan yang akan diadakan pada minggu terakhir sebelum sambutan Hari Kebangsaan.
Beliau berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan untuk menyuntik nilai kesejahteraan dalam komuniti masyarakat, sentiasa menonjolkan kreativiti dalam sektor pembangunan dan menjadi komuniti yang hormat-menghormati tanpa mengira latar belakang.
Kon Yeow sebelum itu melepaskan 200 peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, anggota polis, NVOG Bikers dan Islamic Bikers yang menyertai program tahunan sempena Bulan Kemerdekaan tersebut.
Peserta Program Jaulah Merdeka 4.0 Tahun 2023 akan menjelajah ke enam buah masjid di lima daerah di negeri ini dengan destinasi terakhir adalah di Masjid Al-Hidayah, Kuala Muda, Penaga.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam