Pemuda UMNO perlu bangkit kembalikan maruah, kegemilangan parti

Iklan
Situasi UMNO yang semakin dilupakan dan menghadapi krisis keyakinan rakyat menuntut kesedaran serta komitmen tidak berbelah bahagi Pemuda UMNO. (Gambar hiasan) Gambar kecil: Wan Rosdy

KUANTAN - Situasi UMNO yang semakin dilupakan dan menghadapi krisis keyakinan rakyat menuntut kesedaran serta komitmen tidak berbelah bahagi Pemuda UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebagai tiang seri dan tonggak utama parti, Pemuda UMNO harus terus berperanan bagi memastikan parti itu kekal relevan, kembali diterima rakyat dan memacu kebangkitan yang diharapkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keberanian, kecekalan dan semangat juang kepahlawanan Melayu yang ditonjolkan tokoh-tokoh Pemuda UMNO menjadi asbab utama UMNO akan terus dihormati, diyakini dan disanjungi rakyat.

"Dekati, fahami dan tambat lah hati anak muda untuk menyokong kita. Ini lah amanah terbesar yang harus dipikul sepenuh hati oleh Pemuda UMNO ketika ini," katanya dalam kenyataan amanat sempena sambutan ulang tahun ke-74 Pergerakan Pemuda UMNO pada Sabtu.

Iklan

Wan Rosdy berkata, dalam tempoh 74 tahun sejak penubuhannya, pelbagai peristiwa besar dan bersejarah telah dilalui Pemuda UMNO termasuk bersama-sama berjuang memerdekakan tanah air daripada belenggu penjajahan.

"Berjuang lah, kita tidak rela keris panjang warisan ini tersisip di dinding, tajam, tapi lena di dalam sarungnya.

Iklan

"Pamerkan keberanian dan kepintaran yang diwarisi untuk terus mencorak parti. Jika ada yang salah, bantu betulkan. Jika ada yang rosak, bantu baiki. Jika ada yang khilaf, teruskan menegur. Jika menurut biarlah berakal, dan jika mengikut biarlah pintar," ujarnya.

Tambahnya, sebagai orang parti, sebarang tindakan yang hendak dilakukan perlu diletakkan visi, misi dan kepentingan parti di hadapan.

"Sebagai Naib Presiden UMNO, saya akan sentiasa mendukung dan menyokong apa jua agenda yang hendak dibawa oleh Pemuda, selagi mana ia selaras dengan matlamat parti yang kita sayang ini.

"Asah lah, asapkan api kepahlawanan keris ini. Teruskan berjuang, demi UMNO yang kita sayang," katanya.