Polis siasat secara telus dakwaan salah laku anggota

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Hussein

SHAH ALAM - Polis akan menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung dakwaan seorang individu melibatkan salah laku anggotanya yang tular menerusi media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut berhubung dakwaan tersebut sedang dijalankan dan perincian lanjut saya akan kongsikan kemudian.

"Jaminan diberikan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara telus, yang penting kita kena melihat keadilan buat kedua-dua pihak dan bukannya satu pihak saja," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Karnival dan Kayuhan Merdeka Polis Selangor (Merdeka Ride) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di pekarangan Stadium Shah Alam di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, tular video di media sosial berkaitan dakwaan salah laku melibatkan seorang anggota polis berpangkat sarjan di sebuah ibu pejabat polis daerah di negeri ini.

Iklan

Video tersebut memaparkan seorang individu yang mendakwa aduan berkaitan salah laku tersebut telah dibawa kepada pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).