Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi

Iklan
Jeganathan (duduk, tengah), ketika menyerahkan dokumen pencalonannya pada Sabtu.

MUAR - Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram, S Jeganathan, 55, berazam menggunakan kebolehannya bertutur dalam bahasa Hokkien bagi mendekati pengundi Cina pada PRK kali ini.

Ahli perniagaan yang juga bapa kepada enam anak itu berkata, perkara itu selaras dengan hasratnya bagi membantu golongan yang memerlukan.

Iklan
Iklan

Jeganathan yang mampu bertutur dalam bahasa Hokkien akan menggunakan kelebihan itu untuk mendekati rakyat ketika berkempen nanti.


"Jadi saya akan gunakan kelebihan yang ada ini untuk mendekati rakyat ketika berkempen nanti," katanya ketika ditemui sejurus selesai proses penamaan calon bagi PRK DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan, Muar pada Sabtu.

Untuk rekod, ia merupakan kali ketiga Jeganathan bertanding atas tiket Bebas selepas DUN Bukit Naning sebelum ini.

Iklan

Jeganathan yang juga anak jati Taman Bakri Jaya dekat sini akan bertanding dengan dua lagi calon melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya dan calon Pakatan Harapan (PH), Ir Sr Nazri Abdul Rahman.

Sementara itu, Jeganathan juga pernah menggalas tanggungjawab selaku bekas Ketua MIC dan juga bendahari Bahagian Bakri Jaya itu berkata, dia turut berjanji menjaga kebajikan pengundi kawasan berkenaan jika dipilih menjadi wakil rakyat nanti.

Iklan

"Saya menawarkan diri untuk bertanding kali ini sebab ramai yang saya temui memberitahu bahawa mereka (menyesal) pilih wakil rakyat yang tak nak buat kerja.

"Mereka datang jumpa untuk dapatkan bantuan kebajikan dan mengadu permasalahan setempat antaranya infrastruktur jalan dan pemilikan tanah bertindih,” katanya.