MUAR - Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diharap tidak dijadikan medan bagi merosakkan hubungan baik sesama masyarakat.
Perkara itu ditegaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman yang berharap agar kempen selama 14 hari itu berjalan lancar tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini.
"Kesemua calon yang bertanding kali ini juga merupakan anak jati di sini dan saling mengenai antara satu sama lain.
"Jadi kita harapkan perjalanan kempen PRK Dun Simpang Jeram ini lancar dan aman kerana dua lagi calon yang bertanding merupakan 'kawan-kawan,'" katanya sejurus selesai proses penamaan calon pada Sabtu.
Sementara itu, Nazri berkata, fokusnya kini adalah untuk menyantuni pengundi selain berusaha mengatasi permasalahan yang ada ada.
Justeru katanya, perjalanan kempen perlulah berjalan lancar dan aman sehinggalah ke hari mengundi pada 9 September nanti.
"Oleh itu, dalam apa juga keadaan, biarlah perjalanan kempen ini berlangsung tanpa ada sebarang kekacauan.
"Kita risau, kalau itu yang berlaku ia akan turut merosakkan hubungan sesama sendiri," katanya
ARTIKEL BERKAITAN:
PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini
Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini
PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN
Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai
PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai
PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai
Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi
PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon
PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah