Pemuda Pas dakwa polisi kerajaan PH masih kabur, celaru

Iklan
Ir Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM - Polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih lagi kabur dan celaru menjadi faktor utama yang mendorong ketidakstabilan negara khususnya melibatkan ekonomi.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ini kerana kerajaan baharu itu dilihat lebih fokus perkara tidak penting berbanding berusaha mencari penyelesaian kos sara hidup rakyat yang semakin membebankan.

Iklan
Iklan

Katanya, janji kerajaan baharu untuk membaiki ekonomi negara yang didakwa berpunca daripada pentadbiran terdahulu juga gagal dipenuhi meskipun telah setahun mentadbir negara.

"Rakyat hilang teruja kepada PH kerana tidak komited mengembalikan atau memberi sesuatu yang boleh mengubah desakan hidup mereka. Tetapi apabila diberi markah gagal, PH cenderung menuding jari menyalahkan pihak lain.

Iklan

"Ini hanya menunjukkan bahawa PH sebenarnya kerajaan yang tiada modal atau bankrap dalam banyak aspek,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, rakyat juga sudah bosan dengan tindakan kerajaan yang sering menyalahkan pihak lain apabila ada perkara atau pelaksanaan yang gagal dipenuhi.

Iklan

"PH bukan sahaja gagal sebagai kerajaan, malah membariskan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak kompeten dalam menyelesaikan perkara membabitkan portfolio masing-masing.

"Justeru, ingin kami tekankan agar cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain tetapi cubalah untuk muhasabah diri,” katanya.