PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan dua bilik gerakan di Johor bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, kedua-dua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 9 September.