Penguat kuasa kebocoran data peribadi masih lemah - MCW

Iklan
Gambar hiasan. Foto: 123RF (Gambar kecil: Jais Abdul Karim)

SHAH ALAM - Penguatkuasaan kebocoran data peribadi rakyat Malaysia masih lemah dan tidak berkesan walaupun sudah ada peruntukan perundangan melalui Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, isu penyalahgunaan sumber data berkemungkinan tinggi berlaku dan bukanlah perkara yang mustahil.

Iklan
Iklan

"Ia bukanlah perkara baharu malah telah tular sejak Mei 2022 dan aktiviti menjual maklumat data peribadi rakyat Malaysia adalah antara sumber ekonomi gelap yang telah lama bertapak," katanya.

Pada Selasa, timbul isu pertikaian pengguna didaftarkan tanpa kebenaran menerusi Skim Insurans Am Selangor (INSAN) didakwa menggunakan data peribadi tanpa kebenaran.

Iklan

Isu tersebut tersebar di media sosial telah menimbulkan kebimbangan awam tentang tahap keselamatan data peribadi.

Menurut Jais, pihaknya melihat bahawa penggunaan data peribadi pengundi yang diperoleh daripada sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas telah disalah guna utk tujuan komersial.

Iklan

Ujarnya, kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap peruntukan dalam PDPA dan Seksyen 9 Akta SPR (Akta 31) adalah cukup tinggi.

"Sebuah syarikat telah dilantik sebagai firma pengendali yang mana pihak Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor hanya memegang ekuiti 49 peratus.

"Justeru data peribadi pengundi atau rakyat telah disalur ke entiti komersial yang berisiko terhadap ‘potential commercial abuse’," ujarnya.

Beliau berpandangan, SPR perlu segera mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan bahawa tiada sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan.

"Ia penting untuk memastikan penggunaan data ini adalah telus dan berintegriti atau sebaliknya.

"MCW khuatir perkara ini akan dijadikan satu 'preseden' pada masa hadapan sekiranya tidak diperjelaskan segera," katanya.